Jatuh Bangun
Wednesday, 18 September 2013 | 02:33 | 0 love(s)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMemandangkan sekarang musim exam sedang 'panas-panas'
ana tertarik untuk ketengahkan hal ni terutamanya untuk mangsa PMR dan SPM.
Alhamdulillah, ana suka sebenarnya bila tengok kumpulan-kumpulan yang ber'halaqah' untuk buat perbincangan and even sesi jawab latihan sama-sama. Nampak sweet bersahabat di situ. :) tambah-tambah pula budak nak exam tu, pendek kata ke mana pergi mesti dibawak bersama bukunya. Pantang masa free sikit, rasa nak berbual kosong sikit, cepat-cepat di kuncinya mulut then buka buku lagi, menunduk study. Malamnya dijaga, separuh untuk study separuh lagi untuk Qiam, solat sunat dan mengaji. Subhanallah ! memang ana tabik lah.
TAPI adik-adik,
betul ke niat kita belajar tu ? siang malam berjaga ulangkaji sebenarnya untuk apa ?
BELAJAR KERANA ALLAH. jujur ke kita dengan nawaitu ini ?
kalau ditanya begini mesti ramai yang jawab "betul, yeahh, na'am !"
tapi bila habis je exam, dapat result cantik, merdekanya lebih dari burung merpati.
buku-buku dilambungnya merata-rata, bila malam tidur aje yang lebih, siangnya enjoy TV, Facebook, Twitter, macam macam. Takde dah Qiamullail, cuma sembang kosong tak bermanfaat saja yang bertambahnya. Oh, memang tak patut !
Sesiapa yang mempelajari ilmu yang mendapat keredhaan ALLAH, sedang dia mempelajarinya kerana ingin mendapat habuan dunia, dia tidak akan mencium bau syurga di hari Akhirat nanti.[Riwayat Abu Daud]
Dear, belajar itu ibadah kalau betul betul kita pegang niat kita semata-mata kerana ALLAH.
kita tuntut ilmu sungguh-sungguh sebab kita sayang ALLAH, nakkan redha-Nya. SPM, PMR itu sekadar jalannya ujiannya. Bukan kita nak dekat dengan ALLAH semata-mata sebab nak dapat straight A dalam imtihan. JANGAN, itu dah terbalik !
Recheck niat, refresh iman kita.
ALLAH itu sasaran kita, nak buat apa-apa biar berpaksi pada syariat-Nya.
Apapun, semoga berjaya semua ! :)
Wallahua'lam bissowab.











