I'jazul Quran
Thursday 6 March 2014 | 19:09 | 0 love(s)

بسم الله الرحمن الرحيم
:h:السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Arti i'jaz ialah perlemahkan. Yaitu lemah orang buat meniru atau menyamai, apatah lagi menandingi dan melebihinya. Sebab itu samalah pendapat ulama-ulama ahli bahasa dan sastera, bahawasanya Al-Quran ini adalah mukjizat bagi Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana bagi Nabi Musa ada mukjizat membelah laut dengan tongkat, bagi Nabi Isa ada mukjizat menyembuhkan orang sakit lepra hanya semata-mata dengan menjamah.


    Maka timbullah pertanyaan orang, mengapa mukjizat Muhammad hanya Al-Quran yang dibaca, atau satu kitab yang dipelajari, bukan sebagai mukjizat yang mengagumkan akal ? Mengapa tidak tongkat sebagai yang ada pada Nabi Musa ? Mengapa tidak api yang tidak menghangusi sebagai mukjizat Ibrahim ? Atau sebagai Isa menyembuhkan orang buta dan orang sakit lepra itu ?

    Di zaman kita inipun masih ada orang yang betanyakan demikian, dan orang Musyrikin di Makkah dahulupun pernah meminta supaya Nabi Muhammad SAW menunjukkan suatu mukjizat, misalnya Bukit Safaa menjadi emas, atau beliau sendiri mempunyai sebuah rumah dari emas, dan beberapa permintaan yang lain, sebagaimana yang tersebut di dalam surah 17, Al-Isra' , ayat 93 dan beberapa ayat pada surah yang lain. Tetapi permintaan mereka itu tidak dikabulkan Allah atau tidak memandang itu lebih penting daripada mukjizat Al-Quran. Beberapa Hadis yang sahih telah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat beliau, bahawa beliau pun pernah mempertunjukkan mukjizat yang aneh-aneh dan ganjil, misalnya keluar air yang diminum oleh 1,200 orang dari dalam timba beliau yang kecil di Hudaibiyah, atau hujan lebat di sekitar khemah tentera sahaja dan tidak turun di tempat lain sehingga dapat semuanya menampung air, yang banyaknya 30,000 orang dalam perjalanan ke peperangan Tabuk dan beberapa mukjizzat yang lain. Tetapi mukjizat-mukjizat yang demikian tidaklah beliau jadikan tantangan kepada kaum Musyrikin. Beliau menentang lawan hanyalah dengan mukjizat Al-Quran. Dengan Al-Quran beliau mengukuhkan risalatnya dan dengan Al-Quran beliau menambah iman pengikut-pengikut beliau, kaum yang beriman, sampai hari kiamat.

    Mukjizat seorang Rasul ataupun Nabi selalu disesuaikan Tuhan dengan zaman hidup Rasul atau Nabi itu sendiri, dan harus sesuai juga dengan macam ragam risalat yang dibawanya. Apabila risalatnya itu adalah risalat yang merata untuk seluruh manusia, yang kekal dan tidak akan berubah lagi sampai selama-lamanya, hendaklah mukjizat itu yang kekal dan merata pula, yang kian mendalam orang berfikir, kian mengaku akan mukjizat itu. Mukjizat itu sekali-kali tidak akan kekal kalau dia hanya merupakan suatu kejadian yang dapat dilihat mata pada suatu masa. Sebab apabila Rasul yang membawa mukjizat itu telah pulang ke Rahmatullah, mukjizat itu tidak akan bertemu lagi. Dan ada pula suatu kejadian yang dipandang mukjizat di zaman hidup Nabi yang bersangkutan, namun setelah beberapa abad di belakang, keangkeran mukjizat itu tidak ada lagi kerana kemajuan ilmu pengetahuan. Sebab itu mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW bukanlah mukjizat untuk dilihat mata dan pancaindera (hissi), tetapi untuk dilihat hati dan meminta pemikiran (ma'nawi).

    Mukjizat yang hissi telah habis pengaruhnya dengan habis zamannya. Mukjizat Musa dan Isa hanyalah dapat dilihat oleh manusia yang sezaman dengan beliau. Orang Yogi yang kuat mengadakan pertapaan sudah bisa berjalan di atas api yang tengah menyala, sehingga mukjizat Nabi Ibrahim sudah hampir disamai. Kemajuan ilmu kedoktoran di zaman sekarang telah memungkinkan sembuhnya penyakit-penyakit hebat sebagai yang telah disembuhkan oleh jamahan tangan Nabi Isa. Sudah ada pula yang menaksir bahawa terbelah laut di zaman Musa adalah lantaran pasang yang selalu sangat surut.

    Sedangkan mukjizat Nabi Muhammad SAW sendiri tentang Isra' dan Mi'raj masih juga menjadi pertikaian faham di antara ulama-ulama Islam sendiri sejak lagi di zaman sahabat, apakah beliau itu Isra' dan Mi'raj dengan tubuh dan nyawa beliau ataupun hanya dengan nyawa sahaja. Aliran yang dua itu tetap ada, yang bererti bagi golongan yang berkepercayaan dengan nyawa sahaja, urusan Isra' dan Mi'raj sendirinya tidak begitu hebat lagi. Dan tidak pula mereka kafir jika mereka berpendapat begitu.

    Lantaran itu dapatlah kita berkata bahawasanya mukjizat segala Nabi dan Rasul, dan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang selain dari Al-Quran, adalah hal kenyataan yang dapat dilihat mata, yang habis dengan sendirinya setelah lewat zamannya. Tetapi mukjizat Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Quran ini adalah mukjizat untuk seluruh masa dan bangsa, yang datang setelah akal dan kecerdasan manusia sudah lebih tinggi dari zaman purbakala yang telah dilaluinya. Tegasnya, dahulu mukjizat itu untuk dilihat mata, sekarang mukjizat Al-Quran untuk dilihat akal. Akal dari seluruh manusia, turunan demi turunan


Photobucket
Jatuh cinta pada Allah
Tuesday 28 January 2014 | 02:24 | 0 love(s)
 بسم الله الرحمن الرحيم
 :h: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bila kali pertama kita jatuh cinta pada Allah SWT?
Bila kali terakhir kita bercinta dengan Allah SWT? Atau kita ni jenis yang tidak pernah mengenali apa itu cinta Allah?

  • Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, setiap kali kita bangun pagi, kita segera tengok jam di handset takut-takut waktu tahajjud dah terlepas. Tiba-tiba, waktu subuh pun dah terlepas! Kemudian kita cuak sebab takut nanti Dia akan marah dan tak mahu menebarkan nikmatnya pada kita lagi. Macam mana? 
  • Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, sekerap manakah kita cenderung untuk melihat pada kertas yang tertulis kata-kata Dia. Walaupun tak dapat nak lihat wajah Dia, dapat membaca dan melantunkan ayat-ayatNya pun jadilah. Macam mana?
  • Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, seberapa pekakah kita terhadap orang yang bercerita tentang Dia. Pantang terdengar, wajah kita mula memerah. Hati mula berbunga-bunga. Inikan pula kalau ada orang yang bercerita tentang keindahan dan kecantikkan Dia, wah~ Lagilah kita terasa macam di kayangan. Padahal bukan apa-apa pun, baru jatuh cinta. Macam mana?
  • Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk Allah? Berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk membantu atau membuat kerja-kerja untuk mengajak kawan-kawan kita mengenal Islam? RM1? RM2? Atau kita jenis mengharapkan program yang ditaja atau percuma? Macam mana?
  • Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa kali sehari kita akan mengingati pada Dia? Nak makan teringat pada Dia, nak tidur teringat pada Dia, nak buat kerja tak senonoh kita ingat pada Dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada Dia.
  • Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, benarkah macam-macam yang kita sanggup buat demi Dia?
Pulangkan pada diri.

Semua persoalan itu tanyakan pada diri masing-masing. Apapun jawapannya, pulangkan pada diri masing-masing juga. Kerana, jika cinta di hati kita masih bermasalah, macam mana kita mahu membetulkan masalah cinta dalam diri orang lain?

Cukuplah. Sudah terlalu ramai orang lebih dicintai oleh mereka. Hawa nafsu menjadi panduan yang mengarahkan hidup mereka. Hinggakan, hidup mereka umpama anjing. Mahukah kita diumpakan seperti itu?
" Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dan mengikut keinginannya maka perumpamaanya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya juga. Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir. " (al-A'raf 7:176)
Atau kita mahu diumpamakan oleh Allah sebagai haiwan ternak?
" Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah. " (al-A'raf 7:179)
Ataupun kita semua mahu menjadi seperti ini?
" Seutama-utama orang yang mati syahid adalah orang-orang yang berperang di barisan yang paling pertama dengan tidak memalingkan wajah mereka sama sekali hingga terbunuh. Mereka itu akan berguling-guling di kamar-kamar utama di syurga. Rabb-mu tersenyum kepada mereka. Jika Rabb-mu tersenyum kepada seorang hambadi suatu tempat, maka tiada hisab (perhitungan) lagi atasnya. " ( HR Ahmad, Abu Ya'la dan Thabrani)
Tepuk dada tanyalah iman. Jika tiada iman, pergilah cari. Jangan tunggu. Hidayah perlu dicari, bukan dinanti. Kita ada hak untuk memilih apa tingkatan cinta untuk hati kita.

Wahai sahabat-sahabat yang dicintai kerana Allah, mana mungkin kita mencintai syurga, dalam masa yang sama kita mencintai neraka.
" Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak diantara mereka menjadi orang-orang yang fasik. " (al-Hadid 57:16)
Inilah masanya...

Wallahuallam bisowab.
Untukmu Hawa
| 02:00 | 0 love(s)
 بسم الله الرحمن الرحيم
 :h: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, 
merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati.

Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri
dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan nasihat dan teguran
sebagai persiapan hawa yang solehah untuk seorang 
yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri 
yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa
seperti yang diidamkan oleh Adam.

Sollu 'Alan Nabi
Tuesday 21 January 2014 | 17:00 | 0 love(s)
 بسم الله الرحمن الرحيم
 :h: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu. 
Kecuali aku lebih dikasihinya berbanding keluarganya, hartanya dan manusia keseluruhannya
[Hadis Riwayat Muslim]

Alhamdulillah, kita dihidupkan di dunia ini dengan penuh cinta.
bahkan berabad-abad tahun sebelum kita lahir pun dah ada yang mencintai kita
bukan semata-mata mencinta, bahkan siang malamnya dikorbankan untuk kita
jerih perih dirinya dilupakan, darah pun dah jadi pembalut tubuhnya.
lupakah kita tentang cinta ini ? cinta terhebat, cinta yang mengemudikan bahtera iman.
lupakah padanya ? kalau lupa mari ana ingatkan, cinta itu Rasulullah SAW !


Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya para sahabat
"Siapakah yang paling luar biasa imannya ?"
para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah"
Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya,
kerana mereka sentiasa di sisi Allah"
Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi "Para nabi, ya Rasulallah"
Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya,
kerana mereka menerima wahyu daripada Allah"
Para sahabat mencuba lagi "kalau begitu, kamilah yang paling beriman"
jawab Rasulullah, "aku berada di tengah-tengah kalian,
sudah tentulah kalian orang yang paling beriman"
lalu salah seorang daripada sahabat berkata,
"kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui"

maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata
"Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al-Qur'an dan beriman dengan isinya.Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun, orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu denganku tetapi beriman denganku"

Rasulullah diam seketika, kemudian Baginda menyambung dengan suara lirih
"Sesungguhnya aku rindukan mereka"






Subhanallah.
kita cintakan Rasulullah, jangan hanya bermusim.set dalam harian kita, sunnah nabi mesti diutamakan. mulakanlah, kalau boleh lepas baca entry ni. mulakan perubahan diri. kalau payah pun, usaha, cuba ! jangan malas nak beriman. slow-slow tabiatkan selawat. lidah biar basah selalu. lupakan kpop bagai, ingat Rasulullah. Deal ?

asif ala kulli hal, kalau ada tulisan ana yang silap. mohon ditegur.
wallahua'lam bissowab


Jatuh Bangun
Wednesday 18 September 2013 | 02:33 | 0 love(s)
 بسم الله الرحمن الرحيم
 :h: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Memandangkan sekarang musim exam sedang 'panas-panas'
ana tertarik untuk ketengahkan hal ni terutamanya untuk mangsa PMR dan SPM.
Alhamdulillah, ana suka sebenarnya bila tengok kumpulan-kumpulan yang ber'halaqah' untuk buat perbincangan and even sesi jawab latihan sama-sama. Nampak sweet bersahabat di situ. :) tambah-tambah pula budak nak exam tu, pendek kata ke mana pergi mesti dibawak bersama bukunya. Pantang masa free sikit, rasa nak berbual kosong sikit, cepat-cepat di kuncinya mulut then buka buku lagi, menunduk study. Malamnya dijaga, separuh untuk study separuh lagi untuk Qiam, solat sunat dan mengaji. Subhanallah ! memang ana tabik lah.

TAPI adik-adik,
betul ke niat kita belajar tu ? siang malam berjaga ulangkaji sebenarnya untuk apa ?
BELAJAR KERANA ALLAH. jujur ke kita dengan nawaitu ini ?
kalau ditanya begini mesti ramai yang jawab "betul, yeahh, na'am !"

tapi bila habis je exam, dapat result cantik, merdekanya lebih dari burung merpati.
buku-buku dilambungnya merata-rata, bila malam tidur aje yang lebih, siangnya enjoy TV, Facebook, Twitter, macam macam. Takde dah Qiamullail, cuma sembang kosong tak bermanfaat saja yang bertambahnya. Oh, memang tak patut !

Sesiapa yang mempelajari ilmu yang mendapat keredhaan ALLAH, sedang dia mempelajarinya kerana ingin mendapat habuan dunia, dia tidak akan mencium bau syurga di hari Akhirat nanti.
[Riwayat Abu Daud]

Dear, belajar itu ibadah kalau betul betul kita pegang niat kita semata-mata kerana ALLAH.
kita tuntut ilmu sungguh-sungguh sebab kita sayang ALLAH, nakkan redha-Nya. SPM, PMR itu sekadar jalannya ujiannya. Bukan kita nak dekat dengan ALLAH semata-mata sebab nak dapat straight A dalam imtihan. JANGAN, itu dah terbalik !



Recheck niat, refresh iman kita.
ALLAH itu sasaran kita, nak buat apa-apa biar berpaksi pada syariat-Nya.
Apapun, semoga berjaya semua ! :)

Wallahua'lam bissowab.
Ramadhan
Sunday 28 July 2013 | 09:33 | 0 love(s)
 بسم الله الرحمن الرحيم
 :h: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

alhamdulillah, kita sudah hampir memasuki fasa ke-3 bulan ramadhan.

Sabda Rasulullah SAW :
أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، وأن الله تعالى ينظر في أول ليلة منه إلى المسلمين، ومن نظر إليه لم يعذبه، ويغفر لهم في آخر ليلة منه                                                                                         Ertinya: Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, pertengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan. Dan sesungguhnya Allah Ta’ala menilik (dengan pandangan rahmatNya) kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat tilikan Allah Ta’ala nescaya ia tidak akan disiksaNya, selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan. (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)
diharapkan kita telah berjaya memperoleh maghfirah-Nya . bagi ramadhan yang masih berbaki, teruskan istiqamah dalam beribadah dan semoga kita dibebaskan dari seksaan api neraka^_^

sedikit yg dpt us kongsikan drpd cik beah osem , wallahu a'lam
credit :103:  shap




Photobucket
Rindu
Friday 7 June 2013 | 11:19 | 0 love(s)
Kini, kita harus bicara. 
Dirimu perlu mula berbicara dengan diri sendiri. 

Dah tiba masa. Perlu jujur. Perlu luahkan. Perlu slow-talk. Perlu bincang. Perlu bersemuka.

Antara beberapa persoalan yang memerlukan jawapan segera:

1. Di tahap manakah iman dirimu kini? Di saat orang-orang soleh berlumba-lumba berebut Syurga; pejuang Syria, Palestine berkejaran satu sama lain ke pintu Syurga, di mana kamu letakkan dirimu? Di kalangan orang Soleh atau sebaliknya?

2. Siapa yang sebenarnya kau rindu? Tidak rindukah pada dirimu yang pernah cuba setia merindu si Dia Yang Satu? Ke mana diri yang itu menghilang? Panggil dia kembali. Dah tiba masa, pulang.

3. Berapakah umurmu sekarang? Memang jiwa sentiasa merasakan muda, tapi sedarlah kamu sudah kesuntukan masa.

4. Apakah kejayaanmu setakat ini? Sudah berjayakah membalas secebis dua pengorbanan penat-lelah ibu-bapamu? Atau masih lagi statik di tempat yang sama tanpa perubahan?

5. Solatmu. Berapa banyak mana yang sudah kau tinggalkan? Sudah ganti? Sudah taubat? Sudah insaf? Berapa kerap kamu ke masjid? Atau langsung tak pergi? Atau hanya solat Jumaat sahaja di masjid?  Usah bicara tentang tahajjud andai solat fardhumu masih terkontang-kanting. Namun, jika perlukan kekuatan untuk bersolat, kau perlu bertahajjud. Sungguh, solat fardhu dan tahajjud itu saling melengkapi.

6. Sudah berapa lamakah kau lalai begini? Apa yang buat dirimu lalai? Manusia, masalah hati, kerja, duit, internet, gajet? Sudah-sudahlah. Berapa lama lagi kau hendak berkeadaan begini? Usah 'mabuk' lagi. 
Sampai bila hendak bertuhankan nafsu?

Masa dah kurang. Tidak ada siapa pun antara kita yang makin bertambah masanya. Meski dipanjangkan umur, namun waktu tetap berkurang. 

Pulanglah. Ketika sejuta pintu kembali masih terbuka luas untukmu. Jangan sampai orang di sekelilingmu, malaikat di langit dan bumi membuka pintu yang satu itu untukmu - pintu kubur.

Semua orang akan melalui pintu yang satu itu. Bezanya, yang pandang sebelah mata pada sejuta pintu akan melalui pintu yang satu itu ke dalam bilik gelap pekat. Sedang yang pernah menghargai, langkah sahaja ke pintu yang satu itu, bilik yang terang benderang sedang menanti.

Rindu-rindulah 'pintu yang satu' akan buat dirimu rindu pada Tuhan Yang Satu.
credits : brother Rusydee

Assalamualaikum Alls ! Ahlan wasahlan wamarhaban bikum to our blog, BADAR SMATAAP. Here, we share Hidayah, we share Imaan. Jazakumullah
Bismillah

Life Scene
About Us
Organization Chart


Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Amalinian