Jatuh cinta pada Allah
Tuesday, 28 January 2014 | 02:24 | 0 love(s)
 بسم الله الرحمن الرحيم
 :h: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bila kali pertama kita jatuh cinta pada Allah SWT?
Bila kali terakhir kita bercinta dengan Allah SWT? Atau kita ni jenis yang tidak pernah mengenali apa itu cinta Allah?

  • Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, setiap kali kita bangun pagi, kita segera tengok jam di handset takut-takut waktu tahajjud dah terlepas. Tiba-tiba, waktu subuh pun dah terlepas! Kemudian kita cuak sebab takut nanti Dia akan marah dan tak mahu menebarkan nikmatnya pada kita lagi. Macam mana? 
  • Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, sekerap manakah kita cenderung untuk melihat pada kertas yang tertulis kata-kata Dia. Walaupun tak dapat nak lihat wajah Dia, dapat membaca dan melantunkan ayat-ayatNya pun jadilah. Macam mana?
  • Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, seberapa pekakah kita terhadap orang yang bercerita tentang Dia. Pantang terdengar, wajah kita mula memerah. Hati mula berbunga-bunga. Inikan pula kalau ada orang yang bercerita tentang keindahan dan kecantikkan Dia, wah~ Lagilah kita terasa macam di kayangan. Padahal bukan apa-apa pun, baru jatuh cinta. Macam mana?
  • Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk Allah? Berapa ringgit yang kita sanggup habiskan dalam seminggu untuk membantu atau membuat kerja-kerja untuk mengajak kawan-kawan kita mengenal Islam? RM1? RM2? Atau kita jenis mengharapkan program yang ditaja atau percuma? Macam mana?
  • Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, berapa kali sehari kita akan mengingati pada Dia? Nak makan teringat pada Dia, nak tidur teringat pada Dia, nak buat kerja tak senonoh kita ingat pada Dia. Pantang ada masa lapang sikit, mesti teringat pada Dia.
  • Apabila kita mula jatuh cinta pada Allah, benarkah macam-macam yang kita sanggup buat demi Dia?
Pulangkan pada diri.

Semua persoalan itu tanyakan pada diri masing-masing. Apapun jawapannya, pulangkan pada diri masing-masing juga. Kerana, jika cinta di hati kita masih bermasalah, macam mana kita mahu membetulkan masalah cinta dalam diri orang lain?

Cukuplah. Sudah terlalu ramai orang lebih dicintai oleh mereka. Hawa nafsu menjadi panduan yang mengarahkan hidup mereka. Hinggakan, hidup mereka umpama anjing. Mahukah kita diumpakan seperti itu?
" Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dan mengikut keinginannya maka perumpamaanya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya juga. Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir. " (al-A'raf 7:176)
Atau kita mahu diumpamakan oleh Allah sebagai haiwan ternak?
" Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah. " (al-A'raf 7:179)
Ataupun kita semua mahu menjadi seperti ini?
" Seutama-utama orang yang mati syahid adalah orang-orang yang berperang di barisan yang paling pertama dengan tidak memalingkan wajah mereka sama sekali hingga terbunuh. Mereka itu akan berguling-guling di kamar-kamar utama di syurga. Rabb-mu tersenyum kepada mereka. Jika Rabb-mu tersenyum kepada seorang hambadi suatu tempat, maka tiada hisab (perhitungan) lagi atasnya. " ( HR Ahmad, Abu Ya'la dan Thabrani)
Tepuk dada tanyalah iman. Jika tiada iman, pergilah cari. Jangan tunggu. Hidayah perlu dicari, bukan dinanti. Kita ada hak untuk memilih apa tingkatan cinta untuk hati kita.

Wahai sahabat-sahabat yang dicintai kerana Allah, mana mungkin kita mencintai syurga, dalam masa yang sama kita mencintai neraka.
" Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak diantara mereka menjadi orang-orang yang fasik. " (al-Hadid 57:16)
Inilah masanya...

Wallahuallam bisowab.

Assalamualaikum Alls ! Ahlan wasahlan wamarhaban bikum to our blog, BADAR SMATAAP. Here, we share Hidayah, we share Imaan. Jazakumullah
Bismillah

Life Scene
About Us
Organization Chart


Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Amalinian