Sollu 'Alan Nabi
Tuesday, 21 January 2014 | 17:00 | 0 love(s)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهTidak sempurna iman seseorang daripada kamu.Kecuali aku lebih dikasihinya berbanding keluarganya, hartanya dan manusia keseluruhannya[Hadis Riwayat Muslim]
Alhamdulillah, kita dihidupkan di dunia ini dengan penuh cinta.
bahkan berabad-abad tahun sebelum kita lahir pun dah ada yang mencintai kita
bukan semata-mata mencinta, bahkan siang malamnya dikorbankan untuk kita
jerih perih dirinya dilupakan, darah pun dah jadi pembalut tubuhnya.
lupakah kita tentang cinta ini ? cinta terhebat, cinta yang mengemudikan bahtera iman.
lupakah padanya ? kalau lupa mari ana ingatkan, cinta itu Rasulullah SAW !
Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya para sahabat
"Siapakah yang paling luar biasa imannya ?"
para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah"
Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya,
kerana mereka sentiasa di sisi Allah"
Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi "Para nabi, ya Rasulallah"
Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya,
kerana mereka menerima wahyu daripada Allah"
Para sahabat mencuba lagi "kalau begitu, kamilah yang paling beriman"
jawab Rasulullah, "aku berada di tengah-tengah kalian,
sudah tentulah kalian orang yang paling beriman"
lalu salah seorang daripada sahabat berkata,
"kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui"
maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata
"Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al-Qur'an dan beriman dengan isinya.Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun, orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu denganku tetapi beriman denganku"
Rasulullah diam seketika, kemudian Baginda menyambung dengan suara lirihSubhanallah.
kita cintakan Rasulullah, jangan hanya bermusim.set dalam harian kita, sunnah nabi mesti diutamakan. mulakanlah, kalau boleh lepas baca entry ni. mulakan perubahan diri. kalau payah pun, usaha, cuba ! jangan malas nak beriman. slow-slow tabiatkan selawat. lidah biar basah selalu. lupakan kpop bagai, ingat Rasulullah. Deal ?
asif ala kulli hal, kalau ada tulisan ana yang silap. mohon ditegur.
wallahua'lam bissowab











