بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Arti i'jaz ialah perlemahkan. Yaitu lemah orang buat meniru atau menyamai, apatah lagi menandingi dan melebihinya. Sebab itu samalah pendapat ulama-ulama ahli bahasa dan sastera, bahawasanya Al-Quran ini adalah mukjizat bagi Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana bagi Nabi Musa ada mukjizat membelah laut dengan tongkat, bagi Nabi Isa ada mukjizat menyembuhkan orang sakit lepra hanya semata-mata dengan menjamah. Maka timbullah pertanyaan orang, mengapa mukjizat Muhammad hanya Al-Quran yang dibaca, atau satu kitab yang dipelajari, bukan sebagai mukjizat yang mengagumkan akal ? Mengapa tidak tongkat sebagai yang ada pada Nabi Musa ? Mengapa tidak api yang tidak menghangusi sebagai mukjizat Ibrahim ? Atau sebagai Isa menyembuhkan orang buta dan orang sakit lepra itu ? Di zaman kita inipun masih ada orang yang betanyakan demikian, dan orang Musyrikin di Makkah dahulupun pernah meminta supaya Nabi Muhammad SAW menunjukkan suatu mukjizat, misalnya Bukit Safaa menjadi emas, atau beliau sendiri mempunyai sebuah rumah dari emas, dan beberapa permintaan yang lain, sebagaimana yang tersebut di dalam surah 17, Al-Isra' , ayat 93 dan beberapa ayat pada surah yang lain. Tetapi permintaan mereka itu tidak dikabulkan Allah atau tidak memandang itu lebih penting daripada mukjizat Al-Quran. Beberapa Hadis yang sahih telah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat beliau, bahawa beliau pun pernah mempertunjukkan mukjizat yang aneh-aneh dan ganjil, misalnya keluar air yang diminum oleh 1,200 orang dari dalam timba beliau yang kecil di Hudaibiyah, atau hujan lebat di sekitar khemah tentera sahaja dan tidak turun di tempat lain sehingga dapat semuanya menampung air, yang banyaknya 30,000 orang dalam perjalanan ke peperangan Tabuk dan beberapa mukjizzat yang lain. Tetapi mukjizat-mukjizat yang demikian tidaklah beliau jadikan tantangan kepada kaum Musyrikin. Beliau menentang lawan hanyalah dengan mukjizat Al-Quran. Dengan Al-Quran beliau mengukuhkan risalatnya dan dengan Al-Quran beliau menambah iman pengikut-pengikut beliau, kaum yang beriman, sampai hari kiamat. Mukjizat seorang Rasul ataupun Nabi selalu disesuaikan Tuhan dengan zaman hidup Rasul atau Nabi itu sendiri, dan harus sesuai juga dengan macam ragam risalat yang dibawanya. Apabila risalatnya itu adalah risalat yang merata untuk seluruh manusia, yang kekal dan tidak akan berubah lagi sampai selama-lamanya, hendaklah mukjizat itu yang kekal dan merata pula, yang kian mendalam orang berfikir, kian mengaku akan mukjizat itu. Mukjizat itu sekali-kali tidak akan kekal kalau dia hanya merupakan suatu kejadian yang dapat dilihat mata pada suatu masa. Sebab apabila Rasul yang membawa mukjizat itu telah pulang ke Rahmatullah, mukjizat itu tidak akan bertemu lagi. Dan ada pula suatu kejadian yang dipandang mukjizat di zaman hidup Nabi yang bersangkutan, namun setelah beberapa abad di belakang, keangkeran mukjizat itu tidak ada lagi kerana kemajuan ilmu pengetahuan. Sebab itu mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW bukanlah mukjizat untuk dilihat mata dan pancaindera (hissi), tetapi untuk dilihat hati dan meminta pemikiran (ma'nawi). Mukjizat yang hissi telah habis pengaruhnya dengan habis zamannya. Mukjizat Musa dan Isa hanyalah dapat dilihat oleh manusia yang sezaman dengan beliau. Orang Yogi yang kuat mengadakan pertapaan sudah bisa berjalan di atas api yang tengah menyala, sehingga mukjizat Nabi Ibrahim sudah hampir disamai. Kemajuan ilmu kedoktoran di zaman sekarang telah memungkinkan sembuhnya penyakit-penyakit hebat sebagai yang telah disembuhkan oleh jamahan tangan Nabi Isa. Sudah ada pula yang menaksir bahawa terbelah laut di zaman Musa adalah lantaran pasang yang selalu sangat surut. Sedangkan mukjizat Nabi Muhammad SAW sendiri tentang Isra' dan Mi'raj masih juga menjadi pertikaian faham di antara ulama-ulama Islam sendiri sejak lagi di zaman sahabat, apakah beliau itu Isra' dan Mi'raj dengan tubuh dan nyawa beliau ataupun hanya dengan nyawa sahaja. Aliran yang dua itu tetap ada, yang bererti bagi golongan yang berkepercayaan dengan nyawa sahaja, urusan Isra' dan Mi'raj sendirinya tidak begitu hebat lagi. Dan tidak pula mereka kafir jika mereka berpendapat begitu. Lantaran itu dapatlah kita berkata bahawasanya mukjizat segala Nabi dan Rasul, dan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang selain dari Al-Quran, adalah hal kenyataan yang dapat dilihat mata, yang habis dengan sendirinya setelah lewat zamannya. Tetapi mukjizat Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Quran ini adalah mukjizat untuk seluruh masa dan bangsa, yang datang setelah akal dan kecerdasan manusia sudah lebih tinggi dari zaman purbakala yang telah dilaluinya. Tegasnya, dahulu mukjizat itu untuk dilihat mata, sekarang mukjizat Al-Quran untuk dilihat akal. Akal dari seluruh manusia, turunan demi turunan
Assalamualaikum Alls ! Ahlan wasahlan wamarhaban bikum to our blog, BADAR SMATAAP. Here, we share Hidayah, we share Imaan. Jazakumullah Bismillah
- Misi : Merealisasikan impian SMA Tengku Amalin A'isyah Putri sebagai sebuah Pusat Tarbiah Islam yang intelektual untuk pelajar serta mewujudkan ukhuwah erat di kalangan guru dan pelajar.
- Visi : Membentuk peribadi ummah cemerlang masa hadapan di samping melahirkan putri yang bersahsiah mulia, berkepimpinan, berketrampilan terutamanya dalam bidang Islami dan akademik.
- Alamat : Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'isyah Putri, Chempaka Panji, 16100 Kota Bharu, Kelantan
- Sejarah : Badar SMATAAP ini dirasmikan pada bulan Januari 2009